Assalamualaikum dan salam hormat,
Puspanita Daerah Kota Setar yang diterajui Datin Azuyah hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila mengambil langkah bijak menganjurkan Kursus Asas Membina Laman Blog bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kursus yang disertai seramai 30 orang ahli Puspanita seluruh negeri Kedah ini menjadi satu platform kepada penggunaan teknologi maklumat bagi menyalurkan maklumat terkini dan perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh Puspanita Daerah Kota Setar khususnya.
Mulai hari ini, segala aktiviti berkaitan Puspanita akan dipaparkan di sini bagi makluman dan hebahan kepada kesemua ahli yang berdaftar. Teruskan melayari blog ini dari semasa ke semasa untuk informasi terkini dan maklumat bermanfaat.
- Balkhis -
Gambar gambar sekitar kursus Bina Laman Blog Anjuran Puspanita Daerah Kota Setar
|
Penceramah undangan |
|
|
Pengerusi pun berkursus juga |
|
|
Begitu asyik sekali Puan Balkhis |
|
|
Bakal bloggers Pupanita yg. hebat |
|
|
Masa kursus pun sempat posing |
|
|
|
Begitu tekun mengikuti kursus |
|
|
|
|
Menikmati jamuan setelah penat memerah otak | | |
|
|
|
|