Tuesday, September 25, 2012

Kursus Asas Membina Laman Blog

Assalamualaikum dan salam hormat,

Puspanita Daerah Kota Setar yang diterajui Datin Azuyah hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila mengambil langkah bijak menganjurkan Kursus Asas Membina Laman Blog bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

Kursus yang disertai seramai 30 orang ahli Puspanita seluruh negeri Kedah ini menjadi satu platform kepada penggunaan teknologi maklumat bagi menyalurkan maklumat terkini dan perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh Puspanita Daerah Kota Setar khususnya.

Hari ini dengan rasminya Puspanita Daerah Kota Setar melancarkan penggunaan blog rasmi bagi badan ini menggunakan alamat www.puspanitadaerahkotasetar.blogspot.com

Mulai hari ini, segala aktiviti berkaitan Puspanita akan dipaparkan di sini bagi makluman dan hebahan kepada kesemua ahli yang berdaftar.  Teruskan melayari blog ini dari semasa ke semasa untuk informasi terkini dan maklumat bermanfaat.

- Balkhis -




Gambar gambar sekitar kursus Bina Laman Blog Anjuran Puspanita Daerah Kota Setar

Datin Pengerusi mendaftar sebagai peserta kursus

Ucapan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar
Datin Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar
 

 




Penceramah undangan  
  
Pengerusi pun berkursus juga

Begitu asyik sekali Puan Balkhis
 


Bakal bloggers Pupanita yg. hebat
Masa kursus pun sempat posing

Begitu tekun mengikuti kursus




                  

 Menikmati jamuan setelah penat memerah otak
 
 


1 comment:

  1. Tak lama lagi ahli-ahli puspanita Kota Setar pandai buat laman blog....apa kata kita buat pertandingan cipta laman blog......

    ReplyDelete